Tuesday, March 27, 2012

Jadilah Dirimu Seperti Pohon Semalu.

Bismillahirrahmanirrahim..

Nowadays, kita dapat perhatikan wanita-wanita sudah mula hilang sifat malunya. Bergurau senda dengan kawan lelaki bagaikan mereka adik-beradik. Bertepuk tampar bagaikan tiada batasan antara mereka. Berpakaian ketat-ketat sampai menampakkan bentuk tubuh yang sepatutnya dilindungi.Hurmm.. 

Sedih yang teramat apabila melihat keadaan seperti ini.
Sedarlah wanita, bahawa malumu itu sungguh bernilai. Teringat saya akan lirik lagu 'Puteriku Sayang' nyanyian Hijjaz.

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana..
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama..
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya..
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri..

Duhai wanita, jadilah dirimu seperti pohon semalu. 


Kenapa mesti pohon semalu? Ada beberapa sebab kenapa wanita dikaitkan dengan pohon semalu ni.
 
Yang pertama, pohon semalu akan automatically kuncup apabila disentuh oleh orang. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
 
Yang kedua, pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Sesiapa yang terpijak/terpegang pasti akan luka dan berdarah. Duri ini diibaratkan bahawa wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Yang ketiga, pohon semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan Allah. 

Yang keempat, pohon semalu juga tidak berbau wangi dan tidak menarik hati. Oleh itu, tiada kumbang yang akan memerhati. Kerna keindahannya tersembunyi.

Dan yang terakhir, pohon semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Ini diibaratkan wanita perlu pulang ke rumah sebelum senja. Lagipun tidak elok wanita berada di luar rumah pada waktu malam kerna banyak kejadian yang tidak elok berlaku pada waktu malam. Melainkan hanya apabila ada kerja dan berteman.

Walaupun pohon semalu ini kecil, tapi banyak pengajaran yang boleh diambil dari pohon yang kecil ini.. ^_^

Taqwa Dan Jalan Berduri.

Bismillahirrahmanirrahim..


Taqwa. Kita selalu dengar perkataan ni kan? Banyak kali perkataan taqwa ni kita jumpa dalam al-Quran.

Taqwa ni secara istilahnya membawa maksud takut kepada Allah. Tapi sebenarnya, taqwa ni bukanlah semata-mata takut kepada Allah. Dalam satu perkongsian ilmu yang saya dengar, taqwa ini juga boleh diibaratkan macam kita sedang berjalan melalui satu kawasan yang berduri. 


Secara logiknya apabila kita melalui jalan yang berduri, pastinya kita akan lalu jalan tu dengan berhati-hati dan cermat supaya tidak terkena duri-duri tu. Sebabnya kita tahu natijah apabila terkena duri itu. Kiranya tersalah sedikit, pasti kita akan terluka dan berdarah.

Sifat taqwa ni boleh diapplykan dalam kehidupan seharian kita. Sebabnya dalam hidup ni, boleh dikatakan almost setiap masa kita perlu membuat pilihan. 

Err, apa kaitan taqwa dengan buat pilihan ni?

Macam ni. Kiranya, apabila kita nak buat satu pilihan ni kita kenalah buat dengan berhati-hati. Kan taqwa itu diibaratkan macam kita sedang melalui jalan yang berduri. Bila nak buat sesuatu pilihan ni, kita kena fikir akan consequences dia. Kena fikir apa yang kita buat ni Allah redha ke tak? Dapat pahala ke dapat dosa? Macam tu lah kita apply sifat taqwa dalam hidup kita. 

Andainya kita tak berhati-hati, tendency untuk kita luka atau tercalar (which means buat keputusan yang silap) sangatlah besar.

Lebih-lebih lagi di zaman sekarang ni, banyak sangat godaan yang mendatang. Godaan yang datang dari kanan dan kiri. Belakang dan depan. Atas dan bawah. TV, Internet, and environment banyak memberikan pengaruh kepada kita. Sama ada pengaruh yang baik ataupun pengaruh yang buruk. Andainya tidak kuat, pasti kita akan jatuh tersungkur. Sebab itu, buatlah pilihan dengan bijak. Tepislah godaan yang mendatang. Walau iman tinggal senipis bawang, berusahalah menepis godaan-godaan duniawi. Fikirkanlah akan kemanisan syurga. Yosh!

Lakukanlah Apa Yang Diperkatakan.

Bismillahirrahmanirrahim..

Jari ini pantas menulis tazkirah-tazkirah, post-post Islamik. Mulut ini juga senang melontarkan dan memberikan kata-kata nasihat kepada kawan-kawan di sekeliling.

Tapi sebenarnya dalam masa yang sama, hati ini sangat takut. Sangat takut andainya apa yang diperkatakan, apa yang dituliskan, tidak mampu dipraktikkan oleh diri sendiri.

Lebih takut lagi apabila mengingatkan amaran keras Allah dalam al-Quran yang membawa maksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. Itu sangatlah dibenci di sisi Allah apabila kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah as-Saff, 61: 2-3)

Sungguh, sangat gerun dan takut apabila mengingatkan ayat-ayat ini.

Ya Rabb, bantulah kami untuk mempraktikkan apa yang telah kami katakan.

Pernah tak korang rasa macam ni?

Amat mudah apabila menyuruh orang lain berbuat yang ma'ruf tapi apabila sampai kepada diri sendiri rasa susah sangat nak buat? Mesti pernah kan?

Kita mesti ingat bahawa iman itu bukan sekadar dengan hati dan kata-kata (lidah). Tapi juga mesti dibuktikan dengan perbuatan. Apatah lagi apabila kita menyuruh orang lain melakukan perbuatan yang baik. Kita pun mestilah buat sekali apa yang kita katakan atau tuliskan itu.



Sekadar bercakap memang senang. Sekadar menulis itu juga senang. Tapi untuk mempraktikkannya memang tidak mudah. Ada yang mampu dibuat dan masih ada yamg masih belum mampu dipraktikkan.

Fighting oh!

Tapi itu jangan dijadikan penghalang untuk kita sebagai dai'e untuk terus menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sebab kita tahu dan Allah lagi-lagilah tahu, bahawa kita semua sedang berusaha. Berusaha untuk berubah. Ke arah yang lebih baik. Berusaha untuk mempraktikkan apa yang kita katakan dan apa yang kita tulis.

Jangan stop. Teruskan menulis, teruskan memberi nasihat kepada orang lain. Mungkin pada awalnya kita juga sukar untuk mempraktikkannya. Tapi, insyaAllah lama-lama kita akan jadi terbiasa.

Saya bukanlah mengatakan tidak apa kalau kita tak buat apa yang kita katakan. Sebab kita memang kena buat apa yang kita katakan. Cuma untuk sesetengah orang, akan mengambil masa untuk mempraktikkan apa yang dikatakan atas sebab-sebab tertentu.

Marilah sama-sama mujahadah. Mujahadah untuk melakukan apa sahaja yang kita perkatakan. Barulah orang lain yang mendengar juga akan turut merasa lebih senang untuk mengikuti dan mempraktikkan apa yang kita sampaikan, andainya kita juga mempraktikkannya.

Cuba bayangkan, kalau ada orang nasihat kita supaya jangan buat sesuatu perkara. Tapi, tup tup, dia buat jugak perkara yang dia larang kita buat tu. For sure kita akan fikir, ' alah, dia ni buat jugak.' And akhirnya dia terus buat perkara yang dilarang ni.

Jadi, melakukan apa yang kita perkatakan bukan sahaja supaya tidak dibenci Allah tetapi juga untuk memastikan apa yang kita katakan sampai kepada orang yang menerima.



Dan kadang-kadang, apa yang kita katakan tidaklah berapa penting. Yang lebih penting ialah apa yang kita lakukan. Be a good qudwah to people out there.


Kesimpulannya, lakukanlah apa yang kita katakan :)



Monday, March 26, 2012

Laporan Voice For Palestin (VOIP)

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada 17 Mac 2012, satu program yang dinamakan Voice For Palestin (VOIP) telah dianjurkan oleh pelajar-pelajar Melayu Tasmania. Program ini telah dikendalikan oleh pakar isu Palestin iaitu Prof Madya Dr.Hafidzi Mohd Noor yang juga merupakan pengerusi Aqsa Syarif. Dr Hafidzi diterbangkan khas dari Malaysia ke Tasmania untuk menyampaikan isu Palestin kepada pelajar-pelajar di sini.



Program Voice For Palestin ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu program A dan juga Program B. Program A dihadiri oleh pelajar-pelajar Melayu University of Tasmania manakala Program B terbuka kepada semua Muslim di Tasmania. Program A diadakan dari pukul 10 pagi hinggalah pukul 5 petang. Manakala Program B diadakan pada pukul 6.30 petang sehingga pukul 8.30 malam.

Objektif utama Program Voice for Palestine adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan Masjid Al-Aqsa dan Palestine kepada umat Islam. Selain daripada itu, program ini juga diadakan untuk melatih para peserta bagaimana untuk bercakap mengenai isu Palestin kepada orang lain sama ada kepada Muslim dan juga non-Muslim.

PROGRAM A
Slot pertama program dimulakan dengan tayangan video yang bertajuk “ Tears of Gaza”. Video ini menceritakan tentang kekejaman Israel dan juga penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk Palestine sejak Israel menduduki negara Palestin secara haram. Dr Hafidzi menerangkan bahawa “emotional commitment doesn’t last” and “ crying doesn’t help”. Sekadar menangis apabila menonton kekejaman Israel tidak mampu mengubah nasib penduduk Palestin kerana apa yang paling penting ialah memahami isu Palestin itu sendiri. Dan peperangan yang berlaku di Palestin itu bukanlah antara umat Islam versus Yahudi, tetapi Zionism versus all mankind. Isu Palestin perlu dipandang serius oleh umat Islam bukan hanya kerana ianya berkaitan dengan akidah umat Islam tetapi ianya juga berkaitan dengan isu kemanusiaan. Umat Islam perlu bangkit dan berjihad untuk memperjuangkan kebebasan Masjid Al-Aqsa.

Dr Hafidzi juga menerangkan tentang “Two State Solution” yang masih menjadi perbincangan. Sesiapa yang bersetuju dengan cadangan “ Two State Solution” iaitu mengiktiraf Palestin tapi dalam masa yang sama juga mengiktiraf Israel dianggap sudah mengkhianati berjuta-juta rakyat Palestin. Resolusi-resolusi PBB yang hanya menjadi mainan dan caturan rejim Zionis untuk membahagikan Palestin juga ditekankan. Isu Hamas dan Fatah juga dibincangkan dengan ringkas.

Dalam slot kedua program, berlaku sesi soal jawab antara para peserta dengan Dr Hafidzi berkenaan dengan isu Palestin.

Dalam slot ketiga program, Dr Hafidzi menceritakan tentang catatan pengalaman dan ibrah dari Gaza dan Mesir. Beliau juga menceritakan tentang latar belakang Aqsa Syarif dan projek-projek Aqsa Syarif untuk membantu rakyat Palestin secara terperinci kepada para peserta. Para peserta juga didedahkan dengan isu-isu politik sedunia  yang bersangkutan dengan Palestin. Dengan itu para peserta dapat melihat dengan jelas bagaimana rejim Zionis dengan begitu angkuh dan licik mempermainkan umat Islam dalam usaha mereka untuk menjadikan Israel terus wujud dengan mengadakan hubungan luar dengan negara-negara lain. Walau bagaimanapun, hari ini, Israel semakin hilang sokongan daripada sekutu-sekutu lama dan cuba mencari peluang untuk membina hubungan luar dengan sekutu-sekutu yang baru. Kebangkitan negara-negara Islam juga juga dibincangkan secara ringkas supaya para peserta mengetahui apa yang sedang berlaku dalam dunia Islam pada hari ini.

Majlis ditutup dengan penyerahan mock check kepada Dr Hafidzi dan bergambar beramai-ramai.

PROGRAM B
Program B diadakan di Mosque Hobart pada pukul 6.30 petang hingga pukul 8.30 malam. Program B ini dihadiri oleh orang Islam di Hobart dan juga para pelajar Melayu. Intipati dalam slot ini adalah sama dengan intipati Program A.

Majlis bersurai pada pukul 8.30 malam.


Friday, March 16, 2012

Say bye-bye to Jahiliyah.

Bismillahirrahmanirrahim..



Semalam dalam bulatan gembira kami, kakak usrah ada menyebut tentang dua golongan da'ie yang wujud. Sebelum itu, kami membincangkan tentang sifat-sifat jahiliyah yang masih ada dalam diri seorang dai'e.


Hmm.. rupanya masih terlalu banyak sebenarnya jahiliyah yang masih dilakukan walaupun diri mengaku sebagai seorang da'ie. Yang mahu mengajak manusia lain kepada Allah.

Sebelum saya membincangkan dua golongan da'ie ni, kita selusuri dulu apakah perbuatan-perbuatan jahiliyah yang kita sering lakukan. Dan sudah menjadi agak sebati dengan diri kita.

Antaranya ialah:

-Tidak menjaga ikhtilat antara lelaki dan wanita. Ber'sms' untuk benda yang tidak penting.
- Movie marathon apabila exam berakhir.
- Bermain video game berjam-jam lamanya.
- Sangat rajin membaca dan membeli komik-komik yang lagho. Dan novel-novel
- Facebook, Yahoo Messenger, Skype, Twitter digunakan untuk berinteraksi dengan yang berlainan jantina.

And many more. Just name it. We know ourselves better rite?

Mungkin ada yang menyangka para da'ie ni hanyalah orang yang berjubah, bertudung labuh dan berserban sahaja. Para ustaz dan ustazah.Tetapi sebenarnya da'ie ini adalah kita semua. Yes, kita. Yang mengaku bahawa Allah itu satu dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya. Cuma kadang-kadang, tak semua orang sedar bahawa mereka adalah seorang da'ie dan mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama menyebarkan risalah Islam ni.

Baiklah now, we proceed kepada dua golongan da'ie tadi.


Yang pertama, golongan daie yang bermujahadah untuk meninggalkan jahiliyah dalam dirinya.

Yang kedua, golongan da'ie yang merasakan benda jahiliyah yang dia lakukan tu tidak membawa masalah bagi dirinya.



GOLONGAN PERTAMA.
Bagi golongan yang pertama ni, mereka sedar bahawa perbuatan jahiliyah yang mereka lakukan boleh merosakkan amal mereka. Membantutkan hasrat mereka untuk menjadi da'ie untuk menyebarkan kebenaran dan kebaikan kepada orang lain. Dan juga supaya perasaan macam ni dalam diri tidak muncul apabila cuba mengajak orang lain meninggalkan perkara yang Allah larang. "Hmm, aku pun buat jugak benda ni. Macam mana nak ajak orang lain tinggalkan sedangkan aku pun masih buat benda ni?" 

Jadi dengan meninggalkan perbuatan-perbuatan ini, mereka boleh mengajak orang lain kepada Allah dengan lebih yakin dan tanpa perlu ragu-ragu.

Memang, saya akui bermujahadah itu tidak mudah. Tidak senang. Memang sangat susah untuk melawan hawa nafsu yang ada dalam diri. Kadang-kadang kita tewas dengan hawa nafsu sendiri. Memang jalan mujahadah ini penuh dengan onak dan duri. Sakit, perit, air mata dan pengorbanan memang menjadi sahabat setia bagi orang yang sedang bermujahadah ni. Memang tak ramai yang sanggup melalui jalan ini. Tapi kan, Allah ada cakap dalam Al-Quran:

"Dan barangsiapa yang benar-benar berjuang di jalan kami, nescaya kami berikan pimpinan. Allah sentiasa bersama orang yang melakukan kebaikan." (Surah Al-Ankabut, 29:69)

Jadi yakinlah dengan janji Allah. Mungkin kat dunia ni kita tidak nampak hasilnya hasil daripada mujahadah kita di dunia ini. Tapi ingatlah Allah mengira setiap usaha yang kita lakukan untuk meninggalkan perkara-perkara jahiliyah ini.

"Maka, barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (Surah Az-Zalzalah, 99: 7)

Jadi, belajarlah untuk berkata tidak untuk perkara-perkara jahiliyah ini. Hapuskan semua karat-karat jahiliyah yang masih membaluti dan membelenggu diri. Ayuh! Startlah hapuskanlah jahiliyah bermula hari ini.

GOLONGAN KEDUA.
Bagi golongan yang kedua pula, para da'ie ini sudah terbiasa melakukan perbuatan-perbuatan jahiliyah ini. Dan sebab itulah mereka merasakan tiada masalah sekiranya mereka berdakwah tapi dalam masa yang sama masih lagi melakukan perbuatan jahiliyah. Mereka tidak sedar bahawa amalan jahiliyah ini boleh merosakkan amal mereka. 

Golongan ini biasanya apabila keputusan exam mereka jatuh atau merosot, mereka akan menjadikan masa yang dilakukan untuk berdakwah menjadi sebab keputusan mereka jatuh. Sedangkan mereka tidak pernah terfikir atau menyalahkan masa yang digunakan untuk melakukan perbuatan jahiliyah itulah yang sebenarnya menyebabkan mereka jatuh.

Lagipun, bagaimana mungkin kita mampu mengajak orang kepada Allah dengan hati yang tenang sedangkan diri kita masih dipenuhi dengan sifat-sifat jahiliyah ini?


“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran (Surah Al-Jatsiyah, 45: 23)

Jadi wahai da'ie, bangkitlah. Jangan jadikan hawa nafsu sebagai raja dalam dirimu. Berusahalah untuk menjadi golongan yang pertama dan bermujahadahlah meninggalkan semua kenikmatan palsu itu. Ayuh, sama-sama kita muhasabah diri. And say bye-bye to jahiliyah! Fighting!

"Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik." (Surah Yusuf, 12: 108)
Saya akhiri entry ni dengan satu video. Jom tonton and ambillah ibrah daripada video ni.

Credit to pembuat vid ni :)

Wednesday, March 14, 2012

Kalau Hati Kusut..

Bismillahirrahmanirrahim..

Apa khabar imanmu hari ini? Sihatkah atau sakitkah? Apa keadaan hatimu hari ini? Tenangkah atau kusutkah?


Heart stop sign. Recharge!


Alhamdulillah kalau semuanya baik :)

Tapi kalau anda merasakan iman anda sedang berkurang dan hati terasa amat kusut. Jom tanya diri kita:

 1. Bilakah kali terakhir kita sujud kepada Tuhan yang satu?
 2. Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?
 3. Bilakah kali terakhir kita menitiskan air mata kerana memikirkan dosa-dosa yang sudah dilakukan?
 4. Bagaimana hubungan kita dengan parents? Bila kali terakhir kita menghubungi dan bertanyakan khabar mereka?
 5. Adakah lidah kita ada menuturkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain? Tersinggungkah mereka?
 6. Sudahkan amalan kebaikan dilakukan dengan konsisten?
 7. Adakah mulut kita basah dengan zikrullah?
 8. Masih banyakkah amalan jahiliyyah yang dilakukan?
 9. Adakah dosa dan maksiat ditinggalkan? Ataupun masih lagi sebati dalam diri?
10. Adakah masih ada amanah yang belum dilaksanakan?

Hati itu mula menjadi kusut dan tidak tenang apabila kita mula menjauhkan diri daripada Allah. Apabila jauh dari Allah, kita akan mula merasa tidak takut untuk melakukan dosa. Biasanya dimulakan dengan dosa-dosa kecil. Apabila telah selalu sangat melakukan dosa kecil, kita tidak akan merasa takut lagi untuk melakukan dosa besar. Na'uzubillah. Mungkin kita kurang cakna dan kurang faham kenapa hati kita tidak tenang. Sebenarnya dosa itulah yang menghijab kita daripada mendapat ketenangan.

Jadi, untuk menghalang diri kita daripada melakukan dosa,kita hendaklah sentiasa mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah :)

"Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram." (Surah Ar-Ra'du: 28)

Mari muhasabah diri. Jom Jom.. ^^

Monday, March 12, 2012

Hati Ini Milik Siapa?

Bismillahirrahmanirrahim..


Pernah tak kita merasa terlalu sedih dan kecewa dengan kehidupan ini? Apabila tidak mendapat apa yang diharapkan, lalu air mata mengalir laju dan tidak berhenti-henti kerana terlalu sedih. Sedih kerana ditinggalkan orang yang kita suka dan sayang. Sedih apabila tidak mendapat jawatan yang diinginkan. Sedih apabila kehilangan harta benda. Tapi pernahkah air mata kita mengalir apabila mengenangkan semua dosa dan maksiat yang kita lakukan?



Tidakkah kita merasa sia-sia apabila mengalirkan air mata untuk sesuatu yang bukan tentu akan menjadi milikmu. Sangatlah rugi apabila air mata yang dialirkan itu bukannya kerana Allah. Menangislah apabila anda tidak mampu untuk menangis kerana dosa dan maksiat yang dilakukan. Kerna itu tandanya hati anda sudah menjadi keras.

Ermm..

Adakah Allah ada di dalam hati kita? Adakah betul ungkapan inna solati wa nusuku wa mahyaya wa mamati, lillahi rabbil 'alamin (sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah milik Allah) yang selalu kita sebut setiap kali menunaikan solat? Dan sejauh manakah kita benar-benar apply ayat ini dalam kehidupan kita.

Setiap kali keluar ke city ataupun pergi kenduri, kita perhatikan begitu ramai orang di sekeliling kita. Tapi dalam seramai-ramai orang itu, berapa orang  di kalangan mereka yang Allah benar-benar berada di hati mereka. Yang meletakkan Allah di carta teratas. Memang ada, tapi tidak ramai. And the question is, adakah kita termasuk dalam golongan yang meletakkan Allah di hati ataupun sebaliknya? :(

Dan begitu juga sewaktu kita sedang belajar. Hari-hari kita disibukkan dengan pelbagai urusan like assignments, tests, exams dan etc. Pernah tak fikir dalam sehari berapa lamakah kita betul-betul merasai kehadiran Allah di hati? 24 jam? 1 jam? 1 minit? Ataupun, tidak sedikit pun kita merasakan kehadiran Allah dalam kehidupan seharian kita?

Even kadang-kadang sewaktu solat pun, hati kita masih condong ke arah lain. Condong ke arah dunia. Memikirkan urusan dunia yang tidak habis-habis. Malu lah kita dengan Allah. Sewaktu solat, Allah memandang kita dengan rahmatnya. Sedangkan kita? Hati kita? Lalai.

Oleh itu, marilah sama-sama kita berusaha. Berusaha meletakkan Allah di carta yang teratas. Kerana sesungguhnya Allah lah pemilik semua hati. Bukannya orang lain. Bukan si dia dan si dia. Tapi Allah.


Picas :D

Bismillahirrahmanirrahim..

These are a few pictures that I took yesterday and few days ago. Saja nak share :)























Sunday, March 11, 2012

Voice For Palestine 2012 (VOIP)


Bismillahirrahmanirrahim..


InsyaAllah, satu program yang dinamakan Voice For Palestine (VOIP) akan diadakan di Hobart, Tasmania pada hari Sabtu ini yang 17 March 2012. The main objective of this program is to train students to speak  about what they know about Palestine issue. The guest speaker will be Dr Hafidzi Mohd Nor. He is the chairman of Aqsa Syarif. It is an honour to have him to be our speaker  in Tasmania explaining about what is happening in Palestine.

Before that, I would like to briefly talk about Palestine.

15 Mei 1948 merupakan tarikh hitam bagi seluruh rakyat Palestine dan ummat Islam yang lain, kerana pada tarikh ini negara Israel telah ditubuhkan. Peristiwa ini dinamakan sebagai Nakbah Palestin. Nakbah sendiri membawa maksud "mala petaka atau bencana besar". Peristiwa ini bermula dengan terlaksananya pendudukan dan penjajahan haram oleh rejim Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestine secara sisitematik dengan bantuan PBB dan British.



Insya Allah, program ini akan membawa satu paradigma baru dalam diri masing-masing and might change their view in Palestine issue. How much do we care about them? Our brothers and Sisters in Palestine? Issue Palestine bukan hanya untuk rakyat Palestine tapi juga merupakan untuk semua umat Islam!

Looking forward to this event!


Friday, March 9, 2012

Amal Itu Sia-Sia Tanpa Niat Kerana Allah.

Bismillahirrahmanirrahim..


Niat memainkan peranan penting dalam sesuatu amal. Sesungguhnya sesuatu amalan itu bergantung kepada apa yang diniatkannya. 

Amalan yang baik mestilah disertakan dengan niat yang baik. Tetapi, amalan yang baik sekiranya dilakukan tidak mengikut aturan syara' yang telah ditetapkan juga tidak membawa apa-apa faedah walaupun baik niatnya. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Tak lupa juga, jika sesuatu amal kebaikan itu dilakukan bukannya disebabkan Allah, tetapi untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain dan sebab keduniaan. Tiada faedahnya.



Firman Allah:

"Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan.

Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan." (Surah Huud, 11: 15-16)

Sebagai contohnya, wanita yang suka berhias-hias sewaktu kat dunia. Pakai baju ketat-ketat. Pakai mekap tebal-tebal. Suara sengaja dilunakkan bila bercakap. Tujuannya supaya ramai lelaki tertarik kepadanya (kot kot lah ada yang boleh dijadikan calon suami). Supaya ramai orang suka. Supaya ramai orang berkenan dan memuji. Yes! Memang kat dunia mereka akan dapat semua tu. Dapat pujian. Tapi kat akhirat nanti, akan gugurlah semua benda yang mereka buat kat dunia tu. Jadi zero. Tak dapat apa-apa.

Kadang-kadang kita jeles dengan orang yang bukan Islam. Kenapalah mereka pandai sangat? Selalu dapat result yang gempak-gempak. Sebabnya mudah. Mereka tidak percaya akan kewujudan Allah dan mereka berusaha keras untuk mendapatkan keduniaan. Dan Allah memang akan bagi apa yang mereka harapkan masa di dunia ni. Allah bagi kekayaan dan  kejayaan kepada mereka. Tapi, di akhirat nanti mereka tak akan dapat apa-apa. Apa yang telah mereka usahakan masa di dunia tak akan dapat membantu mereka semasa di akhirat nanti.


Al kisah si Abu dan si Minah.

Abu and Minah ni couple yang bahagia (no Couple before kahwin in Islam.oho..). Sesiapa yang pandang pasti akan merasa cemburu. Sebabnya Si Abu ni memang buat everything untuk si Minah ni. Beli bunga, beli hadiah itu. Beli hadiah ini. Haa, kiranya macam-macam la yang si Abu ni buat untuk si Minah. Satu hari, Abu meninggal sebab accident and ada orang jumpa diary dia. Dalam diari tu dia cakap dia buat semua benda untuk Minah tu sebab dia nak orang tengok dia sebagai BF yang paling ideal, yang paling hebat. Memang la si Abu ni sayang kat si Minah tapi tujuan utama dia buat semua benda tu bukan untuk Minah tapi nak orang lain tengok. Cuba bayangkan perasaan si Minah bila dia baca diary si Abu ni. Mesti dan confirm dia akan sedih kan? Mesti dia akan rasa segala yang Abu buat tu tak memberi erti pun pada dia. Sebabnya Abu bukan buat untuk dia. Tapi untuk dipandang hebat oleh orang lain.

Kiranya macam tu jugak la kita ni. Jika kita buat sesuatu amal tu bukannya kerana Allah. Kita buat sebab nak orang lain nampak kita baik. Nampak kita hebat. Tapi, ingatlah, kat akhirat nanti akan gugurlah semua pahala yang dah kita lakukan dan terbatallah segala pahala. Semua yang kita lakukan akan menjadi tidak bererti. Rugi kan? T_T

Sebab tulah pentingnya kita buat sesuatu perkara tu sebab Allah bukannya sebab benda lain ataupun sebab orang lain. Sesuatu amalan kecil itu boleh menjadi besar kerana niat. Dan boleh jadi juga amalan besar yang dilakukan menjadi kecil di sisi Allah disebabkan niat. Sebabnya sesuatu amalan itu dibalas berdasarkan niat pelakunya.

Jadi bila nak buat sesuatu perkara, niatkanlah kerana Allah. Hatta, untuk makan, mandi, belajar and malah masa bersukan pun. Aikk, macam mana bersukan pun boleh niat kerana Allah? Jawapannya, bila bersukan, badan akan jadi sihat. Bila badan sihat, ibadah kepada Allah pun akan dapat dilakukan dengan lebih sempurna :)

Jadi berniatlah kerana Allah. Dan sentiasalah perbaharui niat andainya niat sudah sedikit terpesong. Kita tidak akan rugi andai segala-galanya adalah demi Allah.

Saturday, March 3, 2012

Bahagia Itu Satu Pilihan.


Bismillahirrahmanirrahim..


Seringkali saya mendengar perkataan ni daripada seorang sahabat saya.

" Bahagia itu merupakan satu pilihan."



Yes, tersangatlah betul. Setuju 100%. Bahagia itu memang satu pilihan. Andainya kita memilih untuk bahagia, maka kita akan berbahagia. Kalau kita memilih untuk berduka cita, maka itulah yang akan terjadi. 

Saya kagum dengan sahabat saya yang seorang ni. Selalu je happy, bahagia. Macam tak pernah ada masalah. Dan apabila ditanyakan rahsianya. Itulah yang dijawab. Bahagia itu satu pilihan. Dan dia memilih untuk bahagia :)

Bagaimana untuk menjadi orang yang bahagia

Hanya satu je kunci untuk mendapatkan kebahagiaan ni. Tak lain dan tak bukan, dengan mengingati Allah. Firman Allah:

"(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Surah Ar-Ra'd, 13: 28)

Benarlah, kebahagiaan itu hanya dapat dikecapi apabila hubungan dengan Allah dijaga dengan baik. Hati yang jauh dari Allah pasti tidak akan merasakan ketenangan. Kalau hati tidak tenang, macam mana nak dapat kebahagiaan? Sebab saya percaya, kebahagiaan itu datangnya dari hati. Hatilah yang menjadi raja kepada benda lain. Jika baik hati itu, maka akan baiklah hal-hal yang lain. Dan Allah pun dah cakap dalam Quran, sekiranya hati kita dekat dengan Allah, pasti kita akan menemui ketenangan yang dicari. 

Kalau tidak percaya, cubalah lihat orang yang selalu stress dan tertekan. Cuba check bagaimana hubungan dia dengan Allah. Baikkah atau sebaliknya? And I guess, we already know the anwer rite? Hmm.

Bagi orang yang baik hubungannya dengan Alllah, even banyak mana pun masalah yng melanda. Bibirnya tetap mengukirkan senyuman. Tanda-tanda dia sedang ada banyak masalah pun tiada. Sebabnya dia percaya dengan Allah. Percaya dengan ketentuan Allah. Percaya setiap ujian itu adalah untuk mendidik dirinya menjadi lebih sabar, lebih redha dan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Dia juga percaya Allah tidak pernah menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia dan dengan tiba-tiba. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Sebab itulah bibirnya masih mampu mengukirkan senyuman di saat banyak masalah menimpa.

Dan orang yang bahagia ni walaupun miskin, dia tetap bersyukur pada Allah. Bila susah dia tidak merasa gelisah. Bila sakit pula dia tidak mengeluh.

In this life, we always have many choices. So, choose wisely. Dan pilihlah yang memberikanmu kebahagiaan. Insya Allah, hidupmu akan lebih bererti.. :)