Tuesday, April 30, 2013

Dia Maha Tahu.

Bismillahirrahmanirrahim..

Apabila apa yang diimpikan tidak dapat.

Apa yang dicita-citakan seakan terhalang. 
Harapan yang pada mulanya besar tapi semakin mengecil dan menjauh.

Jangan sedih. Jangan sedih. Jangan sedih.

Mintak lagi dan lagi dan lagi.

Pada Dia. Tuhan Yang Satu.

:')

Allah itu Maha Mendengar.

Kadang-kadang tak semua benda yang kita inginkan, kita akan dapat.
Kita sangka apa yang kita inginkan itu adalah yang terbaik.
Tetapi kita seringkali lupa, Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Dalam Al-Quran pun Allah ada berfirman: 

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi pula   kamu menyukai sesuatu,
padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

(Surah Al Baqarah, 2: 216)


Yakin lah dengan Allah.
Bersangka baik lah dengan Allah.
Sebab Allah sangat sayangkan kita, Allah beri apa yang terbaik kepada kita.
Mungkin bukan apa yang kita mahukan, tetapi apa yang kita perlukan :)

Sunday, March 24, 2013

Bagaimana Menyentuh Hati?


Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni saya nak share bagaimanakah caranya untuk menyentuh hati seseorang. Err, jangan salah faham. Bukanlah cara-cara untuk menyentuh hati yang berlainan jantina dengan kita. Apa yang saya ingin share adalah cara-cara untuk menyentuh hati orang-orang yang baru kita kenali ataupun mad'u (orang yang ingin didakwah) oleh kita. Dan juga boleh digunakan jugak untuk sahaba-sahabat yang sudah lama berkawan dengan kita :D




Sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita gunakan tapi yang ingin saya kongsikan hanyalah sebahagian daripada cara yang banyak itu. heh..


Alrite. So bagaimana caranya ya?

1. Menghafaz nama
Yezza. Ini adalah perkara yang paling penting apabila kita baru berkenalan dengan seseorang. Kenapa menghafaz nama ni penting ya? Well, mestilah penting sebab menghafaz nama adalah jalan utama yang boleh menghubungkan antara dua hati. Cuba kalau kita bayangkan, kalaulah kawan yang kita sudah berkawan lama tidak ingat pun apa nama kita. Mestilah sedih kan? Dan mungkin disebabkan itu, kita rasa tak best nak berkawan dengan dia tu.

And don't worry kalau anda jenis yang susah nak mengingat nama orang lain. Sebab here are few tips yang boleh digunakan untuk cepat menghafaz nama-nama orang yang baru dikenali :D


a. Yang paling utama sekali, kita mestilah menanamkan rasa ingin dan suka untuk menghafaz nama orang lain.
b. Apabila dah berkenalan, instead guna kata ganti diri 'awak', kita gantikanlah dengan nama dia. In sha Allah, nanti lagi senang nak ingat.
c. Sekiranya sahabat yang baru ni mempunyai nama yang sama dengan sahabat kita yang lain, lagi mudah nak ingat.
d. Bagilah sms atau untuk bertanya khabar. Dan di dalam sms atau emel tu, gunakanlah nama sahabat itu.
e. Apabila bertemu lagi dengan sahabat yang baru ni, ingatlah akan pertemuan-pertemuan sebelumnya dan pertemuan yang pertama kali sebab ini akan dapat membantu anda dapat mengingat namanya dengan cepat.

Rasulullah saw bersabda:

"Termasuk sikap angkuh adalah seseorang yang masuk ke dalam rumah temannya lalu disuguhkan kepadanya makanan, ia tidak mahu memakannya, dan seorang laki-laki yang bersama-sama dengan laki-laki yang lain dalam perjalanan  tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya." (HR ad Dailami)

2. Memberi salam.
Mengucapkan salam itu adalah langkah pertama untuk memulakan perkenalan. Dan ucapan salam itu haruslah diikuti dengan perasaan sayang dan wajah yang berseri agar fungsi ucapan salam itu terwujud. Jangan bagi salam dengan muka yang masam :p

Diriwayatkan daripada Imam Muslim dari Rasulullah saw bahawa baginda bersabda:

Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain ada 6:
  • jika bertemu maka berilah salam.
  • jika tidak kelihatan maka cari tahulah.
  • jika sakit maka jenguklah.
  • jika mengundang maka penuhilah.
  • jika bersin dan mengucapkan 'hamdalah' maka jawablah (dengan mengucapkan 'yarhamukallah'.
  • dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah ke pemakamamnya.

3. Memanggil nama yang disukai
Setiap orang akan suka jika dipanngil dengan nama yang disukai. Jangan sesekali memangil dengan nama yang tidak disukai oleh sahabat kita itu. Besar kemungkinan dia akan berkecil hati dengan kita. Sekiranya sahabat berkecil hati dengan kita, bagaimana mungkin kita dapat menyentuh hatinya bukan? ;)


4. Memandang dengan penuh kasih sayang
Mata adalah pancaindera yang sangat penting bagi seseorang. Kebiasaanya dari mata akan terpancar segala-galanya. Sama ada pandangan itu adalah pandangan kasih sayang ataupun pandangan benci. Apa yang tersembunyi dalam hati akan tersingkap dengan tatapan mata. Jadi pandanglah sahabat kita itu dengan pandangan penuh kasih sayang. :D

5.Senyum
Ahaa.. Senyum. Senyuman itu sangat penting. Dengan sekuntum senyuman, kita mampu mebuatkan hati yang sedang gelisah untuk turut tersenyum. Hati yang berduka untuk merasakan bahawa harapan itu masih ada. Sekuntum senyuman yang diberikan mampu menceriakan hari yang dirasakan kelam. Saya suka bila orang lain melemparkan senyuman kepada saya. Apabila melihat orang lain tersenyum, hati dan bibir ini pun terasa untuk tersenyum. Senyuman itu mampu memberikan aura yang positif kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Maka senyumlah! Senyum itu juga adalah satu sedekah. Jadi, jangan kedekut :p 

Senyum itu mampu untuk mengikat dua hati untuk bertaut.Tapi senyum kepada orang yang perlu sahajalah ye. Jangan ambil kesempatan senyum tu satu sedekah untuk menggatal dengan yang berlainan jantina pulak ye.

6. Memberikan contoh teladan yang baik
Berilah contoh teladan yang baik kepada sahabat-sahabat kita. Kadang-kadang kita tidak memerlukan kata-kata untuk memberikan contoh teladan yang baik. Cukup dengan perbuatan kita. Action speaks louder than words kan? :D

" Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah, suri teladan yang baik bagimu.” 
( Surah Al Ahzab:21)


Thats all for now.

Semoga kita dapat praktiskan bersama-sama :D

Fi amanillah ^_^





Sunday, February 24, 2013

Amalan Yang Dapat Menyelamatkan Manusia Dari Neraka


Bismillahirrahmanirrahim..


Sesungguhnya ada beberapa amalan yang dapat menyelamatkan manusia daripada bahaya api neraka. Ada sebuah hadis panjang yang menceritakan bagaimana Rasulullah saw melihat malapetaka umatnya di akhirat tetapi telah diselamatkan oleh berbagai bagai amalan yang ikhlas yang dilakukannya semasa di dunia.

Sebuah hadis yang dikeluarkan oleh al Tirmizi daripada al Hakim, daripada Abdullah bin Umar, daripada Nafie', daripada Ibnu Abi Hudaie' daripada Abdul Rahman bin Abdillah daripada Sa'id bin Musayyab, daripada Abdul Rahman bin Samurah katanya, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Semalam aku melihat perkara yang menakjubkan. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku didatangi malaikat maut, maka datanglah amalam baik lelaki itu iaitu amalan kerana menjaga kedua ibu bapanya. Amalan itu datang dan berjumpa dengan malaikat maut lalu menghalang malaikat maut daripada mengambil nyawa lelaki itu. (Dengan amalan itu bermakna bertambah panjang umur lelaki itu).


Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang sedang berhadapan dengan azab kubur, tiba-tiba datang amalan wudhuk orang itu yang cukup sempurna lalu menangkis azab kubur itu, sehingga lelaki itu terlepas daripada azab kubur yang sudah bersedia mengazabnya.

Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang dikelilingi syaitan yang akan menyesatkannya. Ketika itu datang amalan zikrullah orang itu dan menghambat syaitan-syaitan itu. Maka orang itu terlepas daripada perbuatan syaitan yang akan menyesatkannya.

Aku juga melihat umatku sedang dikelilingi oleh malaikat azab yang sudah bersiap sedia hendak mengazab orang itu, maka datanglah amalan solat (solat fardhu dan sunat) orang itu lalu melepaskannya daripada azab itu.

Selain itu aku juga melihat umatku sedang dalam keadaan terlalu dahaga, setiap kali dia pergi ke kolam-kolam air, ada orang yang menghalaunya. Pada ketika itu datanglah amalan puasa orang itu dengan membawakan air kepadanya, maka minumlah dia sehingga hilanglah dahaganya.

Aku juga melihat kumpulan umatku sebagaimana nabi-nabi yang lain-lain duduk berkumpul-kumpul. Tetapi di kalangan orang ramai itu terdapat seorang daripada umatku, yang setiap kali dia cuba menghampiri kumpulan-kumpulan itu dia akan dihalau. Kemudian datang amalan orang itu yang berupa mandi janabah, lalu amalan itu akan mengangkat orang berkenaan dan meletakkannya dalam kumpulan manusia dan para nabi.

Begitu juga aku melihat umatku sedang dikelilingi oleh gelap gelita menyebabkan dia kebingungan. Ketika itu datang amalan haji dan umrahnya lalu menariknya daripada keadaan gelap gulita dan menghantarnya ke tempat terang benderang.

Begitu juga aku melihat seorang daripada kalangan umatku yang mahu bercakap dengan orang lain, malangnya orang-orang itu tidak mahu berkata-kata dengannya. Ketika itu datanglah amalan silaturrahim dan berkatalah ia, "Wahai orang-orang mukmin semua, berkata-katalah (berbual-buallah) terhadap orang ini. Setelah itu maka berkata-katalah orang-orang mukmin itu kepada orang berkenaan.

Aku juga melihat seorang daripada umatku sedang ditimpa percikan api, ketika itu datanglah amalan sedekah lalu menjadi perisai kepada orang itu daripada bahaya semburan api itu.

Selain itu aku juga melihat seorang daripada umatku yang sedang diheret ke dalam api neraka. Pada ketika itu datanglah amalan amar ma'ruf nahi mungkar bersama dengan malaikat rahmat lalu menyelamatkan orang berkenaan daripada kawah api neraka.

Aku melihat seorang daripada umatku yang jalan merangkak bagi menemui Allah swt, malangnya ada tembok yang memisahkan mereka dengan Tuhannya. Ketika itu, datanglah amalan mereka berupa akhlak yang mulia, lantas memimpin tangan orang itu menuju ke hadrat Allah swt.

Sesungguhnya aku juga melihat suratan amalan umatku yang dihulurkan kepadanya oleh malaikat dengan tangan kiri, ketika itu datanglah kepadanya amal ibadatnya yang disebabkan rasa gerun kepada Allah. Amal yang disebabkan rasa gerun kepada Allah itu menjadi penangkis kepada suratan yang bakal diterima melalui tangan kirinya menyebabkan tertukarlah suratan amal itu menjadi suratan amal sebelah kanan.

Begitu juga aku melihat seorang daripada umatku yang timbangan amal kebajikan terlalu ringan sebaliknya timbangan amal yang jahat mengatasi timbangan yang baik. Ketika itu, datanglah anak-anak orang itu yang mati ketika kecil, lalu timbangan amal kebajikan orang tuanya menjadi berat.

Aku juga melihat antara umatku yang sedang berdiri di tepi neraka jahannam dan hampir-hampir terjerumus ke dalamnya, maka ketika itu datanglah amal jahat yang tidak jadi dilakukannya semata-mata kerana gerun dan takut kepada Allah. Amalan itu menarik tangan tuannya hingga terselamatlah dia daripada api neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.

Aku juga melihat umatku yang sedang menjunam jatuh ke dalam neraka, tiba-tiba datang air matanya yang menitis semasa di dunia dahulu disebabkan oleh sesalan terhadap perbuatannya yang buruk, semata-mata kerana Allah. Lalu air mata sesalannya itu menyambarnya daripada terusterjatuh ke dalam kawah neraka, menyebabkan dia terkeluar daripada neraka.

Aku juga melihat di kalangan umatku yang berdiri di atas sirat dalam keadaan terketar-ketar kerana takut terjatuh ke dalam neraka, sebagaimana ketarnya orang yang sakit tenat. Tiba-tiba datang amalan hatinya iaitu perasaan Husnu Dzan (sangka baik) terhadap Allah, maka Husnu Dzannya itu menyelamatkannya daripada terus terjatuh ke dalam neraka serta dapat meneruskan perjalanan melalui sirat itu dengan selamat menuju ke syurga.

Aku juga melihat di kalangan umatku yang sedang mengengsot dan merangkak di atas titian sirat, ketika itu datanglah amalan selawatnya kepada aku (Rasulullah saw) lalu dipegangnya tangan orang itu dan diangkatnya berdiri tegak. Maka selawat itu memimpinnya terus merentasi titian sirat itu dan selamat sampai ke syurga.

Akhirnya aku juga melihat di kalangan umatku yang telah sampai ke syurga, malangnya setiap pintu syurga yang hendak dilaluinya tertutup dan terkunci untuknya. Ketika itu datanglah syahadahnya yang menjadi pegangan akidahnya, maka terbukalah pintu syurga dan dapatlah umatku itu memasuki pintu dengan aman."


Sumber: 
Buku "Bertemu Janji Allah(Menyingkap Kisah Mahsyar Yang Menyayat Hati)" oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Wednesday, January 16, 2013

Sunday, January 6, 2013

Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan?

Bismillahirrahmanirrahim..

Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawwuf yang masyur) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: 

Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepada-Nya?

Beliau menjawab:

Kerana hati kamu buta disebabkan oleh 10 perkara iaitu:


1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

2. Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasulullah saw tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

3. Kamu telah membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur kepada-Nya.

5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi tidak beramal untuknya.

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pelajaran) daripada mereka.


Sumber: Buku Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahannya) oleh Mustafa 'Abdul Rahman

Tuesday, January 1, 2013

Faith

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari tu, ada seorang kakak menyuruh saya untuk memilih satu daripada hadiah yang berbungkus. Dan saya telah mendapat a very nice rock yang di atasnya tertulis perkataan 'faith'. Masa dapat tu, I was like " Ya Allah, perkataan ni memang kena dengan diri and condition aku sekarang."



And kakak yang sweet tu meminta saya menulis satu poem berkenaan dengan perkataan faith tu. And here we go :)

FAITH

Faith..
It means everything to me..
Yes! Everything..

Faith is when..
You believe in your heart..
Say it with your tongue..
And prove it with your actions..

Faith kepada Allah adalah segalanya-galanya..
Without faith, you're nothing..
Nothing means zero..
Kosong..
Mahukah dirimu menjadi angka kosong?
Hidup sekadar menjadi boneka dunia?
Tidak! Aku tidak mahu menjadi angka kosong..
I wanna be something..
I wanna be someone..

Faith..Pernah dulu aku diuji..
Dan hingga sekarang masih diuji..
Hanya kerana 'faith' ini aku terus bertahan..
Bertahan demi Rabb-ku..
Bertahan demi hari perjumpaan dengan Rabbku..
Dengan Nabiku..

Biar diri ini sakit..
Biar hati ini sakit..
Akanku terus bertahan demi impianku yang tertinggi itu..
Sungguh aku rindu untuk bertemu mereka..

Dan pernah suatu ketika aku kecewa..
Sangat kecewa dengan dunia..
Dengan manusia..
Sampai rasanya tidak sanggup lagi untuk terus hidup..

Tapi kalam dari Rabbku menenangkanku..
Memberikan harapan kepadaku..
Bahawa Dia sentiasa ada untukku..
Walau seluruh dunia dan isinya meninggalkanku..

Dan Rabbku menjanjikan..
Syurga itu ganjaran bagi orang-orang yang bersabar..
Dan demi faith ini akanku terus bersabar..

Sungguh faith to Allah adalah segala-galanya..
Semuanya menjadi lebih mudah..
Semuanya menjadi lebih ringan..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah ya Allah..

Everything begins with faith... :')